Monday, July 1, 2013

Gara-Gara Seekor Cicak Tiruan

Assalam wbt !!

Weekend yang lepas aku dok melepak rumah sepupu aku si EllMo , Meya dan Ekaa. Dan, malam tu kami sepakat la nak makan dekat kedai dalam kawasan taman tu juga. (Sebenarnya beli bungkus je. Makan kat rumah lagi afdhal)

Sepakat punya sepakat, dalam pukul 8 malam kami gerak. Jalan punya jalan, tak sampai 10 minit kami pun tiba. Sebelum tu sempat juga la singgah gerai burger depan kedai makan tu.

Tak banyak cerita, kami pun order apa yang nak dimakan (bungkus) dan order minuman (minum dekat situ). Dalam dok tunggu makanan siap, kami pun sembang la macam-macam cerita.

Dalam banyak-banyak cerita, entah macam mana terkeluar cerita pasal naga. Dan, daripada naga jugalah terkeluar cerita pasal dinasour.

Ellmo : Kau rasa dinasour tu ada ke?
Ekaa : Ada !
Ellmo : Mana kau tau. Entah2 cicak
Ekaa : Cicak mana ada tulang
Meya : Mana tau cicak takde tulang?
Ekaa : Ye cicak takde tulang
Meya : Tapi mana tau?

Sedang mereka bertiga itu rancak bertekak, aku pun perlahan-lahan kelurkan cicak mainan yang aku usung ke sana ke mari.

Aku : Nah cuba cek ada tulang ke tak (cakap sambil hulur cicak)

Ellmo : Eeeee !!!

Dan serentak dengan jeritan Ellmo.. Ekaa, Meya dan dengan aku2 sekali terperanjat. Dan, disebabkan dengan aku2 sekali terperanjat, sakanlah makcik tiga orang tu dok gelakkan aku. Dan, dengan aku2 sekali gelakkan diri aku. Padan muka !!

Ni semua gara-gara seekor cicak tiruan.


Friday, March 1, 2013

Mengongkong

Assalam wbt

Aku ada laa kenal dengan seorang lelaki. And kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Masa mula-mula kenal tu, biasa-biasa je aku rasa tentang dia. Mungkin ada menarik sedikit yang buat aku berminat nak kenal dia.

Tapi, bila dah lama. Almost 2 weeks, dia dah mula tunjuk belang. Dah pandai tunjuk taring. Dia dah mula mengongkong aku. Huhu

Paling aku tak suka lelaki macam tu. Buat aku rasa tak bebas. Dan, elok-elok perasaan suka tu ada. Dah berubah jadi meluat. Aku sangat tak selesa dengan orang macam tu. Huhu






Saturday, December 29, 2012

Selamat Pengantin Baru Iq!!

Assalam wbt !!

Pada 7 hb Disember, aku dan keluarga aku on trip pergi ke Penang. Dan kami sampai pada pagi 8hb. Sebelum tu, kazen-kazen aku EllMo-Ekaa-Meya-Wiey-Qylla dan Pakcik kami Cik Herul dah pergi dulu.

Majlis belah perempuan berlangsung pada 8hb jam 2 petang. Sejujurnya, majlis tersebut  tidaklah semeriah macam  majlis dijohor. Yelah, mungkin lain tempatnya lain caranya. Mungkin adat orang Penang memang macam tu agaknya.

Majlis tempat lelaki (family kami la) pula berlangsung pada 9hb Disember 2012. Selang sehari je. So, bila balik dari majlis tempat perempuan kami pun bertungkus-lumus untuk persiapan tempat lelaki pula.

Nasiblah masa majlis Mokteh (mak pengantin) membuat tempahan katering. So tiadalah penat sangat. Semuanya pihak katering yang uruskan. Kami sekadar membuat sedikit pantauan sahaja.

Tapi, aku dan family terpaksa pulang ke Johor tengah hari tu juga atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 10hb pula Ellmo-Ekaa-Meya pula pergi ke Perak dan malamnya CikHerul-Wiey dan Qylla pulang ke Johor.


Thursday, August 30, 2012

Geng Baju Oren

Assalam wbt !!

Ahaa!! Masuk hari ni dah 12 hari kita berada dalam bulan Syawal. Wahh!! Sedar tak sedar kan. Sekejapan masa berlalu meninggalkan kita. Sekejapan juga kita seakan lupa, makin laju masa meninggalkan kita, makin cepat kita akan meninggalkan dunia.

Haa masa Syawal ke-empat, aku dan kazen-kazen aku ada beraya di rumah atok saudara di Mersing, Johor . Dan, dengan bangganya kami sedondon memakai t-shirt SAG warna oren!! Hahaha terasa pelik je bila beraya rumah orang pakai t-shirt. Tahun-tahun sebelum tu, kami masih memakai pakaian kurung buat perempuan dan lelaki berkemeja.

Itu semua idea salah seorang kazen aku laa, Ekaa!! Malam tu, Ekaa, EllMo , Hann, Kirin, Amin and Iq keluar untuk membeli baju. Kami-kami yang lain ni terpaksa duduk dirumah sebab cuma Kirin je yang rajin nak memandu. Yang lain PEMALAS!!

So, bila diorang balik berbungkus 12 helai baju t-shirt SAG warna oren. OMG!! Lepas tu, kitorang deside nak pakai waktu bila dan TUPTUP ada cadangan pakai waktu ke Mersing, esok. Oh!! Aku semestinya tak setuju. Malu!!

Tapi, sebab kami gunakan sistem demokrasi. So, nak tak nak kena juga pakai bila majoriti menyokong usul tersebut. Jadilah kami 12 orang sebagai Geng Baju Oren hari tu.


Monday, August 13, 2012

AidilFitri..Coming Soon

Salam Malaysia..

Wahh!! Sedar tak sedar Syawal dah nak menjengahkan muka pada kita..Hari kebebasan..hari Kemaafan..So, sempena AidilFitri nanti jom lah kita sama-sama mengeratkan ukhuwah sesama kita..upgrade pahala dan delete dosa..

Syawal kali ni..keluarga besar Ismail Jusoh meriah sikit dari tahun yang lepas-lepas..sebabnya, tahun ni semua balik..Pak Ngah balik..Mokteh balik..wahh!! Rasa sangat tak sabar nak sambut Syawal kali ni..pasti meriah dengan telatah semua ahli keluarga..Sepastinya :)

Tapi, bila dibelek-belek persiapan setiap ahli..macam ada yang tak kena dengan sepupu yang sorang tu..entah kenapa dengan dia, aku pun tak tahu..seminggu Ramadhan, dia berhenti kerja..then kerja dia makan-tidur-makan-tidur je..

Tadi, bila tanya dah beli baju raya ke belum..jawabnya, "Belum..". Pelik sungguh..sebelum ni dia yang beria-ia nak shopping sakan..nak beli baju kurung hijau muda laa..nak buat kuih laa..nak itu..nak ini..Sekarang apa jadi??

EllMo..kau ada masalah ke beb?Kau macam lain je..dah xceria macam selalu je..kalau ada masalah kita boleh settle,kan..

Hmm..susah nak korek rahsia dari seorang perahsia,kan? Nak dengar dia mengadu apa-apa tentang masalah dia cukup susah..selalunya dia senyum je..cuma kali ni dia agak diam dari biasa..aku rasa perubahan tu..hmm seharapnya AidilFitri yang bakal menjelma nanti akan kembalikan keceriaan sepupu aku yang seorang tu..Insyaallah..


Tuesday, March 20, 2012

Kenduri Arwah Dan Doa Selamat


Assalamualaikum wbt ..

Pada 15 Mac hari tu, sekali lagi keluarga besar Ismail Jusoh mengadakan Kenduri Arwah dan Doa Selamat. Actually, ada dua entry yang perlu di-update. Tapi, lepas aku dan EllMo bersemuka dan berbincang, maka aku terpilih untuk meng-update entry tentang kenduri dan dia  tentang shopping.

Masa malam kenduri, seperti biasanya kami sekeluarga menghidangkan 5 juadah untuk para tetamu. Siakap 3 Rasa-Sambal Kupang-Ayam Goreng Berempah-Sayur Campur-Kerabu Mangga. Nyum-nyum :p kenduri bermula selepas solat Isyak. Dan dimulai dengan Bacaan Yaasin.

Alhamdulillah, seperti kebiasaannya tetamu yang hadir cukup ramai. Kami para tuan rumah hanya duduk lepak-ing di bawah je. And, seperti selalunya, seawal pagi lagi persiapan bagi juadah telah kami lakukan. Cuma, si EllMo je pagi-pagi lagi kena lapor diri untuk interview.






Wednesday, March 7, 2012

Memanjakan Diri


Assalamualaikum wbt ..

Pada 25 Februari hari tu, aku dan dua orang kazen aku - Meya and EllMo serta auntie kitorang - Nian , telah ke Spa Cute and Beauty Centre untuk memanjakan diri kami. Ahaks

Aku and Meya buat Facial Treatment, Mama Sue a.k.a Nian buat Jakuzi Bath and si EllMo tu pula buat Massage Treatmen. Si EllMo tu buat Massage sebab dah beberapa hari dok mengadu badan dia sakit-sakit. Sakit gara-gara kereta kancil sebijik !!

Hahaha bukan sebab dia dok repair kancil tu tau. Tapi sebab dia bawak kancil tu. Biasalah orang tak pernah bawak kancil. Sekali kena bawak, terkujat segala urat sendi semua. Hahaha Aku and Meya pula memang dah lama nak mencuci muka. Tu yang buat Facial je. And Nian sebab dia kata "Dah tak larat nak bawak badan". Dalam kata lain, dah bertambah sehat laa Nian tu. Ahaks



p/s : gambar EllMo dengan Nian tak boleh di-upload sebab tersangatlah seksi mereka waktu itu :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...