Monday, August 13, 2012

AidilFitri..Coming Soon

Salam Malaysia..

Wahh!! Sedar tak sedar Syawal dah nak menjengahkan muka pada kita..Hari kebebasan..hari Kemaafan..So, sempena AidilFitri nanti jom lah kita sama-sama mengeratkan ukhuwah sesama kita..upgrade pahala dan delete dosa..

Syawal kali ni..keluarga besar Ismail Jusoh meriah sikit dari tahun yang lepas-lepas..sebabnya, tahun ni semua balik..Pak Ngah balik..Mokteh balik..wahh!! Rasa sangat tak sabar nak sambut Syawal kali ni..pasti meriah dengan telatah semua ahli keluarga..Sepastinya :)

Tapi, bila dibelek-belek persiapan setiap ahli..macam ada yang tak kena dengan sepupu yang sorang tu..entah kenapa dengan dia, aku pun tak tahu..seminggu Ramadhan, dia berhenti kerja..then kerja dia makan-tidur-makan-tidur je..

Tadi, bila tanya dah beli baju raya ke belum..jawabnya, "Belum..". Pelik sungguh..sebelum ni dia yang beria-ia nak shopping sakan..nak beli baju kurung hijau muda laa..nak buat kuih laa..nak itu..nak ini..Sekarang apa jadi??

EllMo..kau ada masalah ke beb?Kau macam lain je..dah xceria macam selalu je..kalau ada masalah kita boleh settle,kan..

Hmm..susah nak korek rahsia dari seorang perahsia,kan? Nak dengar dia mengadu apa-apa tentang masalah dia cukup susah..selalunya dia senyum je..cuma kali ni dia agak diam dari biasa..aku rasa perubahan tu..hmm seharapnya AidilFitri yang bakal menjelma nanti akan kembalikan keceriaan sepupu aku yang seorang tu..Insyaallah..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...