Monday, November 21, 2011

Ngauman Harimau Muda Berjaya Patahkan Sayap Sang Garuda

Assalamualaikum wbt wahai warga pembaca

Alkisah ingin dikongsi rasa puas hati dan bangga dengan kejayaan Skuad Harimau Muda bawah didikan Ong Kim Swee kerana berjaya merembat ibu segala pingat malam semalam.

Warga Indonesia terpaksa pulang dengan kehampaan setelah tewas penalti 4-3 kepada Malaysia. Walaupun sebelum itu tersebar desas-desus bahawa mereka, Skuad Garuda mahu membawa Harimau Muda terbang tinggi diudara, namun kita berjaya membuktikan bahawa taring si Harimau masih tetap berbisa.

Sekali lagi taniah kepada Skuad Harimau Muda kerana mengharumkan nama Malaysia dan berjaya membuktikan bahawa kita berhak memegang gelaran Raja Bola Asia Tenggara. Alhamdulillah. Moga Olimpik yang bakal menyusul 23/11/2011 ini, kita sekali lagi memenangi perlawanan. InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...