Saturday, December 29, 2012

Selamat Pengantin Baru Iq!!

Assalam wbt !!

Pada 7 hb Disember, aku dan keluarga aku on trip pergi ke Penang. Dan kami sampai pada pagi 8hb. Sebelum tu, kazen-kazen aku EllMo-Ekaa-Meya-Wiey-Qylla dan Pakcik kami Cik Herul dah pergi dulu.

Majlis belah perempuan berlangsung pada 8hb jam 2 petang. Sejujurnya, majlis tersebut  tidaklah semeriah macam  majlis dijohor. Yelah, mungkin lain tempatnya lain caranya. Mungkin adat orang Penang memang macam tu agaknya.

Majlis tempat lelaki (family kami la) pula berlangsung pada 9hb Disember 2012. Selang sehari je. So, bila balik dari majlis tempat perempuan kami pun bertungkus-lumus untuk persiapan tempat lelaki pula.

Nasiblah masa majlis Mokteh (mak pengantin) membuat tempahan katering. So tiadalah penat sangat. Semuanya pihak katering yang uruskan. Kami sekadar membuat sedikit pantauan sahaja.

Tapi, aku dan family terpaksa pulang ke Johor tengah hari tu juga atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 10hb pula Ellmo-Ekaa-Meya pula pergi ke Perak dan malamnya CikHerul-Wiey dan Qylla pulang ke Johor.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...