Tuesday, March 20, 2012

Kenduri Arwah Dan Doa Selamat


Assalamualaikum wbt ..

Pada 15 Mac hari tu, sekali lagi keluarga besar Ismail Jusoh mengadakan Kenduri Arwah dan Doa Selamat. Actually, ada dua entry yang perlu di-update. Tapi, lepas aku dan EllMo bersemuka dan berbincang, maka aku terpilih untuk meng-update entry tentang kenduri dan dia  tentang shopping.

Masa malam kenduri, seperti biasanya kami sekeluarga menghidangkan 5 juadah untuk para tetamu. Siakap 3 Rasa-Sambal Kupang-Ayam Goreng Berempah-Sayur Campur-Kerabu Mangga. Nyum-nyum :p kenduri bermula selepas solat Isyak. Dan dimulai dengan Bacaan Yaasin.

Alhamdulillah, seperti kebiasaannya tetamu yang hadir cukup ramai. Kami para tuan rumah hanya duduk lepak-ing di bawah je. And, seperti selalunya, seawal pagi lagi persiapan bagi juadah telah kami lakukan. Cuma, si EllMo je pagi-pagi lagi kena lapor diri untuk interview.






Wednesday, March 7, 2012

Memanjakan Diri


Assalamualaikum wbt ..

Pada 25 Februari hari tu, aku dan dua orang kazen aku - Meya and EllMo serta auntie kitorang - Nian , telah ke Spa Cute and Beauty Centre untuk memanjakan diri kami. Ahaks

Aku and Meya buat Facial Treatment, Mama Sue a.k.a Nian buat Jakuzi Bath and si EllMo tu pula buat Massage Treatmen. Si EllMo tu buat Massage sebab dah beberapa hari dok mengadu badan dia sakit-sakit. Sakit gara-gara kereta kancil sebijik !!

Hahaha bukan sebab dia dok repair kancil tu tau. Tapi sebab dia bawak kancil tu. Biasalah orang tak pernah bawak kancil. Sekali kena bawak, terkujat segala urat sendi semua. Hahaha Aku and Meya pula memang dah lama nak mencuci muka. Tu yang buat Facial je. And Nian sebab dia kata "Dah tak larat nak bawak badan". Dalam kata lain, dah bertambah sehat laa Nian tu. Ahaks



p/s : gambar EllMo dengan Nian tak boleh di-upload sebab tersangatlah seksi mereka waktu itu :P

Tuesday, March 6, 2012

Thanks Ellmo


Assalam WBT!!

Pada anda yang sentiasa mengikut blog ini, pasti anda perasan banyak perubahan dalam blog ini bukan. Hehehe Sangat teruja bila melihat sendiri perubahan yang dilakukan.

Credit to Cik EllMo sebab mengajar saya tentang perubahan-perubahan ini. Pertama, blog ini sudah ada ShoutBox sendiri. Dan juga Traffic !! Yang kedua, perasankah anda tentang Title blog saya yang sudah pandai berlari :D

Yang ketiga, akan sentiasa ada bodyguard yang mengikuti setiap pergerakan cursor saya. Yang keempat, setiap kali anda lalukan cursor anda ke link diblog saya, akan keluar warna yang berwarna warni disitu. Dan yang kelima, ada button Back To Top disebelah kanan blog saya. Thanks Ellmo sebab ajar aku buat ni. Sangat senang dan sangat meng-uja-kan :D


Monday, March 5, 2012

Segmen Jom Tambah Follower by NI

Salam Mesra Warga Pembaca

Malas nak taip panjang. Just nak bagitau aku ada join satu segmen iaitu Jom Tambah Follower by NI. Saja-saja nak join memandangkan tahap follower aku yang begitu menyedihkan :'(



Dont Break d'RuleZ :-

  1. Follow blog Nadhira Izzati ni. Klik ja kat gambar cendawan sebelah kanan tu.
  2. Letak banner gambar atas ni kat post you all. Linkkan ke blog Nadhira Izzati ni k.
  3. Buat entry khas tuk segmen ni. Tajuk 'Segmen Jom Tambah Follower by NI'. Jangan nak memandai letak NU NO NA pula hehe
  4. Pastu you tag lah 5 orang rakan2 anda dalam entry tu k tuk join segmen ni.
  5. Bila dah join, jangan lupa pula komen bawah and bagi link anda sekali k. So senang ibunda ni nak terjah you all huehuehue
  6. Lastly,  mohon jasa baik tuan puan datuk datin cucu cicit tuk follow semua blogger yang join segmen ni. Saya akan bagi link kat bawah ni nanti k. Barulah ramai orang akan follow u nanti.

Copy Paste je Sebab Malas Nak Taip :P 
Tarikh tutup Segmen pada 23 March 2012

Rakan TAG :-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...