Monday, October 24, 2011

BBQ YummY

As Salam Wahai Sahabat..

Oleh kerana my lovely cousin si Cik Ellmo menulis tentang Kenduri Doa Selamat di blog beliau (http://mindinmine.blogspot.com) dalam entry Tanggal 23 Hari Bulan, jadi saya juga ingin menulis tentang event keluarga besar kami keluarga Ismail Jusoh.

Kalau Cik Ellmo menulis tentang sambutan hari jadi, saya pula tentang BBQ hehe. BBQ neh kami buat pada hari raya tempoh hari. Kebetulan Pak Ngah balik ke Johor, jadi kami pun buatlah makan-makan sikit. Dapat juga laa merasa pelbagai jenis BBQ kan.

Yang kelakarnya, Cik Ellmo kena paksa buat Jus Mangga. Tengok macam blur-blur juga laa dia kena bland hirisan buah mangga tu. Yang bertambah kelakar bila dia buat muka pelik kena bland susu cair. Hahaha kesian kau Ellmo.

Nasib laa Wiey rajin nak tolong kau kan. Kalau tak terkontang-kanting laa kau sorang-sorang buat benda tu semua. Kami-kami yang lain ni pula sebok tengok cousin-cousin lelaki dok membakar ayam. So, terselamat laa dari kena buat Jus Mangga tu.

Hehehe


ayam 


ayam perap


ikan

Saturday, October 22, 2011

Ahli Baru

Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera...



Tanggal 23 September 2011, tepat jam 12:00PM, keluarga Ismail Jusoh sekali lagi menerima ahli baru. Alief Deen Bin Mahadi, bayi lelaki yang lahir seberat 3.99KG.


Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sebagai salah seorang dari ahli Ismail Jusoh dan juga merupakan ibu saudara kepada Alief, saya tersangatlah gembira menerima ahli baru kami ini. Syukur Ya Rabb kerana memberi kurniaan ini kepada kami sekeluarga.


Walaupun kami bersedih diatas kehilangan Arwah Mak Ngah pada Ramadhan ke 3 kelmarin, tetapi Allah gantikan kami dengan ahli yang baru. Betullah orang kata, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Setiap kesedihan pasti diganti dengan kegembiraan.


Jadi para pembaca, terimalah dengan redha takdir Dia kerana Dia lebih mengetahui segalanya. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...