Saturday, October 22, 2011

Ahli Baru

Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera...



Tanggal 23 September 2011, tepat jam 12:00PM, keluarga Ismail Jusoh sekali lagi menerima ahli baru. Alief Deen Bin Mahadi, bayi lelaki yang lahir seberat 3.99KG.


Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sebagai salah seorang dari ahli Ismail Jusoh dan juga merupakan ibu saudara kepada Alief, saya tersangatlah gembira menerima ahli baru kami ini. Syukur Ya Rabb kerana memberi kurniaan ini kepada kami sekeluarga.


Walaupun kami bersedih diatas kehilangan Arwah Mak Ngah pada Ramadhan ke 3 kelmarin, tetapi Allah gantikan kami dengan ahli yang baru. Betullah orang kata, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Setiap kesedihan pasti diganti dengan kegembiraan.


Jadi para pembaca, terimalah dengan redha takdir Dia kerana Dia lebih mengetahui segalanya. 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...