Tuesday, December 6, 2011

Kenangan AidilAdha

Assalamualaikum WBT

Aku tunggu punya tunggu punya tunggu sampai ke sudah owner E||AISHA L[U]R[V]E-[|]I[N]E[S] iaitu kezen aku sendiri, Cik Ellmo meng-update pasal aidiladha yang lalu. Tapi langsung tak diupdate-nya. Aku tunggu sebab dia cakap nak update, maybe dia lupa agaknya tu.

So, aku pun ambil kesempatan untuk meng-update dulu biar dia tak dapat nak update hihihi :P . AidilAdha yang lepas, sepertimana yang diperkatakan Cik Ellmo dalam blog beliau, keluarga besar kami Ismail Jusoh mengadakan sedikit Qurba. Jadi tumbang jugalah seekor lembu.

Jadi, bila para-para pahlawan keluarga selesai melapah lembu tersebut, kami-kami serikandi keluarga pula sibuk dok menimbang untuk dibahagikan 3/4 bahagian kepada jiran tetangga dan sahabat handai. Memang seronok sangat waktu tu. Meya, Ekaa dan Hann sibuk memotong daging. Ellmo dan Kirin pula sibuk menimbang dan aku and Dylla sibuk membungkus.

Kira memang kerjasama betul laa kami dalam membahagikan kerja. Qylla dan Wiey langsung tidak membantu. Wiey sebabnya dia rasa kasihan dengan lembu tu, Qylla pula Wallahualam sebab apa tak membantu. Selesai tugas membahagikan daging-daging tersebut, menyusul pula tugas mencocok daging satay.
Perghh memang kepenatan kami hari tu. Tapi enjoy :D




kepala lembu adussss


potong-potong :P


satay nyum nyum :D


bako bako :P


aksi melampau :P

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...